Pusat dakwah bantu individu terjebak LGBT ke pangkal jalan

Iklan
Mohd Khariri (berdiri, lima dari kiri) bersama peserta Program Ihya Ramadan Akhi Musyabbih Negeri Perak di Pusat Kegiatan Dakwah JAIPk di Ipoh.

IPOH - Persatuan Kebajikan Darul Modahish sedang merancang untuk membangunkan pusat dakwah khusus untuk membantu mereka yang terjebak dengan pengaruh lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Perak.

Pengerusinya, Mohd Khariri Mohamad Ramli berkata, pusat dakwah berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 1.6 hektar di Kampung Ulu Kuang, Chemor di sini dengan anggaran kos awal sebanyak RM2 juta.

Iklan
Iklan

Jelas beliau, pusat dakwah itu juga akan menempatkan madrasah anak yatim serta pusat transit bagi golongan yang terjebak dengan LGBT.

"Kita sudah ada pusat pemulihan untuk mereka yang terjebak dengan dadah tetapi tidak banyak pusat-pusat pemulihan untuk golongan LGBT ini dan setahu saya cuma ada di Selangor dan Pahang.

Iklan

"Jadi saya nak wujudkan satu di Perak bagi membantu memulih dan membimbing komuniti ini dengan bantuan pihak-pihak berkaitan," katanya kepada Sinar Harian ketika Program Ihya Ramadan Akhi Musyabbih Negeri Perak di Pusat Kegiatan Dakwah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sini.

Mohd Khariri berkata, pihaknya juga berhasrat menjadikan pusat dakwah tersebut sebagai tempat latihan untuk melahirkan pendakwah dengan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan JAIPk.

Iklan

Menurutnya, Jakim dan JAIPk banyak membantu dari segi bimbingan dan program-program berkaitan kesedaran untuk golongan berkenaan.

"Saya terima banyak permintaan daripada ibu bapa yang mahu anak-anak mereka dibantu untuk dipulihkan.

"Jadi, dengan adanya pusat dakwah ini, dapatlah kami laksanakan pelbagai program dan modul untuk selamatkan mereka yang mahu kembali ke pangkal jalan.

"Komuniti ini bersilih ganti dan ada yang sudah pulih. Caranya kita kuarantin yang tegar dan pulihkan baru bertunas. Yang bertunas ini banyak dan sebab itu kita perlukan pusat dakwah ini," katanya.

Sementara itu, Mohd Khariri turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu bersama membantu merealisasikan pusat dakwahnya itu.