Pertama kali peluk cium anak bongsu selepas bebas penjara

Iklan
Uji (kiri) mencium bayi perempuannya pada Majlis PBSL di Machang.
MACHANG - Rasa keinsafan yang tidak terhingga diungkapkan oleh seorang banduan apabila berpeluang mendukung tubuh kecil anak bongsunya buat pertama kali selepas dibebaskan dari Pusat Koreksional Machang di sini pada Rabu.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Uji, 42, itu terpilih dalam program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) selepas enam bulan menjalani hukuman penjara akibat memiliki dan menagih dadah jenis pil kuda bermula Oktober tahun lalu.

"Ini kali pertama saya dapat menatap wajah, memeluk dan mencium anak bongsu yang berusia empat bulan.

Iklan
Iklan

"Satu-satunya anak perempuan saya ini lahir ketika saya berada di dalam penjara buat pertama kali kerana menjalani hukuman keseluruhan yang dikenakan selama 10 bulan akibat kesalahan dadah,” katanya yang ditemui pada Majlis PBSL di penjara itu pada Rabu.

Turut hadir merasmikan majlis itu ialah Pengarah Pusat Koreksional Machang, Penolong Kanan Komisioner Mohd Nasir Yusof.

Iklan
Mohd Nasir (kiri) yang memberikan kata-kata nasihat kepada Uji (dua dari kanan) yang dibebaskan.

Menurut bapa empat anak itu amat menyesali kesalahan yang dilakukan itu hingga menyebabkan dia terpisah dengan keluarga dan hampir menyambut hari raya di balik tirai besi kerana sepatutnya dia bebas sepenuhnya pada 11 Mei nanti.

"Sepanjang berada di penjara, saya dapat menunaikan ibadah puasa dan mengaji al-Quran.

Iklan

"Saya tak sangka terpilih dan dibebaskan. Saya perit dan tidak akan buat lagi demi anak-anak dan isteri yang saya amat sayangi,” kata pemandu lori tersebut.

Sementara itu, isterinya, Mah, 42, berkata, amat menantikan kepulangan suaminya untuk bersama-sama menyambut Aidilfitri nanti dan memaafkan kesilapan lelaki tersebut.

"Semasa ketiadaan suami, anak lelaki sulung yang berusia 21 tahun dan lelaki kedua berusia 19 tahun membantu menampung perbelanjaan kami dengan bekerja di kedai makan.

"Persiapan raya hanya anak-anak sahaja yang sudah siap membeli baju raya dan paling penting suami sudah kembali ke pangkuan kami,” ujarnya sebak.