Mayat ditemui terapung dalam loji rawatan air

Iklan
Anggota bomba mengangkat mayat yang ditemui terapung di Loji Rawatan Air Kahang Baru pada Rabu.

KLUANG - Mayat yang tidak dapat dikenal pasti identitinya ditemui terapung di dalam Loji Rawatan Air Kahang Baru, Batu 22, Kahang di sini pada Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, Pegawai Bomba Darmanshah Mohd Naim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.44 petang Rabu.

Iklan
Iklan

"Seramai lapan anggota dari BBP Kluang serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kahang dengan dua utiliti Hilux dan Proton Arena serta satu unit bot dikejarkan ke tempat kejadian.

"Mayat kemudian dibawa ke tebing sungai dengan menggunakan bot PBS Kahang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 3.45 petang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Iklan