Mudik hari raya: Trafik sesak lebuh raya keluar Jakarta

Iklan
Gambar hiasan 123RF

JAKARTA - Aliran trafik sesak mencapai kemuncak di Pulau Jawa pada Rabu ketika orang ramai mula ‘mudik’ atau balik kampung menjelang sambutan Hari Raya bermula Selasa.

Aliran trafik tinggi dilaporkan dari Jakarta memasuki Lebuhraya Trans Jawa di Tol Cikampek Utama, Jawa Barat menghala Tol Probolinggo, Surabaya meliputi jarak hampir 790 kilometer.

Iklan
Iklan

Kesesakan dijangka terus berlaku sehingga Khamis apabila 18.3 juta orang meninggalkan ibu kota tahun ini berbanding hanya 14.3 juta orang pada tahun 2022.

Pengguna Tol Cikampek Utama berdepan kesesakan hampir dua jam dengan 138,000 ribu kenderaan dijangka meninggalkan ibu kota hari ini dan ditambah bilangan kenderaan dari Pulau Sumatera yang mahu ke Surabaya.

Iklan

Pengendali lebuhraya PT Jasa Marga memaklumkan akan memanjangkan sistem ‘one way’ susulan peningkatan drastik jumlah kenderaan meskipun ramai yang telah pulang sejak 16 April.

Peningkatan jumlah kenderaan juga dilaporkan terjadi di Lebuhraya Trans Sumatera, Pulau Sumatera dari Banda Aceh, Aceh sehingga Pelabuhan Bakauheni, Lampung sejauh 2,508 kilometer.

Iklan

Pengendali lebuhraya PT Hutama Karya menjangkakan jumlah kendaraan bertambah 35 peratus selari dengan trend peningkatkan yang dialami setiap tahun.

Di seluruh Indonesia, sekitar 123.8 juta orang dijangka akan mudik kali ini, melonjak 47 peratus berbanding 85.5 juta orang tahun lepas, menurut Kementerian Pengangkutan.

Hampir 75 peratus pulang menggunakan pengangkutan darat, laut dan udara dan 80,792 orang menikmati pengangkutan darat dan laut percuma disediakan kementerian.

Seramai 149,000 anggota polis dikerahkan dalam Operasi Ketupat untuk mengawal lalu lintas, dan tentera seramai 2,758 anggota.

Pengendali feri sibuk mengawal pergerakan kenderaan dan penumpang di Pelabuhan Merak dan Ciwandan, Banten yang menghubungkan Pulau Jawa dengan Pulau Sumatera di Pelabuhan Bakauheni.

Agensi penyelamat Basarnas menyediakan lima kapal di ketiga-tiga pelabuhan bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan lima helikopter di lokasi yang sering kemalangan.

Sebuah kapal perang Tentera Laut, KRI Banjarmasin di sediakan untuk mereka yang ingin pulang di laluan Tanjung Priok di Jakarta Utara-Semarang-Surabaya secara percuma.

Panglima Tentera Nasional Indonesia Laksamana Yudo Margono berharap masyarakat yang sangat memerlukan pengangkutan tidak berat hati untuk pulang menggunakan kapal perang.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan menggunakan kenderaan tentera darat mahupun udara sekiranya diperlukan. - Bernama