Mahu rehat dulu, kata Dr Noor Hisham

Iklan
Dr Noor Hisham mengimbas kad perakam waktu pada hari terakhir bertugas di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA -"Rehat dulu," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya mengenai perancangannya selepas bersara wajib, Jumaat ini.

Menurutnya, tarikh persaraan itu antara yang dinanti-nantikan selepas mencurahkan bakti selama 35 tahun terhadap negara.

Iklan
Iklan

Apatah lagi ketika negara berdepan dengan krisis kesihatan akibat pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu yang menyaksikan beliau memimpin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam keadaan politik negara turut bergolak.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, Covid-19 pun sudah dapat dikawal dengan baik," katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas mengimbas kad perakam waktu di lobi KKM di sini pada Rabu.

Iklan

Sebelum beredar, Dr Noor Hisham turut menyapa petugas media yang menantikannya.

Dr Noor Hisham turut menerima jambangan bunga daripada Kelab Media Putrajaya sebagai tanda terima kasih atas kerjasama dan khidmat yang dicurahkan.

"Terima kasih kepada semua menteri dalam tempoh 10 tahun perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah," katanya.

Iklan

Turut hadir mengiringi, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Timbalannya, Lukanisman Awang Sauni.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut menerima jambangan bunga daripada Kelab Media Putrajaya sebagai tanda terima kasih atas kerjasama serta khidmat yang dicurahkan.

Dr Noor Hisham menjawat sebagai Ketua Pengarah sejak 2013 selepas enam tahun memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan.