Lotus's Malaysia teruskan kerja amal

Iklan
Hidangan dimasak sendiri sukarelawan bersama FAF dengan menyediakan 500 bungkusan makanan kepada golongan memerlukan.

Sediakan 500 bungkusan makanan menerusi semangat #KitakanJiran Lotus’s Malaysia

Hidangan dimasak sendiri sukarelawan bersama FAF dengan menyediakan 500 bungkusan makanan kepada golongan memerlukan.

MANJUNG - Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) meneruskan usaha murni menerusi semangat #KitakanJiran dengan menyediakan 500 bungkusan makanan untuk diagihkan kepada golongan memerlukan di sekitar Lotus’s Manjung.

Iklan
Iklan

Kerjasama dengan Food Aid Foundation (FAF) itu menyasarkan individu dari rumah-rumah kebajikan, gelandangan dan keluarga B40 di sekitar daerah Manjung dengan menyediakan juadah sihat bagi berbuka puasa.

Penyediaan juadah berbuka puasa itu dilakukan secara gotong-royong dengan bantuan sukarelawan di ruang letak kereta Lotus's Malaysia Manjung bermula jam 2 petang pada Jumaat.

Sukarelawan bergotong-royong menyiapkan bahan masakan.

Iklan

Pengurus Besar Lotus's Manjung, Azaems Azreen Ab Rahim berkata, seramai 15 sukarelawan kalangan kakitangan terlibat dengan kerja-kerja penyediaan bahan, memasak sehinggalah pembungkusan dan pengagihan.

"Selari dengan tema Sama-Sama Berseri, misi kami di Lotus's Malaysia adalah untuk menyantuni golongan kurang bernasib baik.

AZAEMS AZREEN

Iklan

"Menerusi program khas Ramadan ini, kita menyediakan 500 bungkusan makanan sebagai juadah berbuka puasa untuk diagihkan kepada komuniti di sini," katanya.

Beliau berkata, inisiatif sama telah dimulakan sejak tahun lepas dan berjaya membantu hampir 2,000 golongan memerlukan di seluruh negara.

"Tahun ini kita tetapkan sasaran yang sama juga dengan harapan usaha kecil ini dapat membawa keceriaan dan kegembiraan kepada mereka," katanya.

Izzul Nordin menunjukkan juadah yang siap disediakan menerusi program khas Ramadan digerakkan Lotus's Malaysia dan FAF.

Perak menjadi negeri ketiga pelaksanaan program berkenaan pada Ramadan ini selepas Selangor dan Negeri Sembilan.

Juadah disediakan kali ini berupa nasi putih bersama kari ayam, sayur acar timun dan telur goreng.

Bagi menjayakan program itu, sebanyak 90 kilogram ayam, 50 kilogram beras dan 500 biji telur digunakan selain bahan-bahan memasak lain yang ditaja sepenuhnya Lotus's Malaysia.

Agih kepada golongan asnaf

Sementara itu, Pengurus Program dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Food Aid Foundation, Muhammad 'Izzul Izham Muhammad Nordin berkata, kolaborasi bersama Lotus's Malaysia telah dijalankan sejak 2016 lagi menerusi program bantuan makanan.

Izzul Nordin (kiri) bersama Azaems Azreen menunjukkan sebahagian daripada 500 bungkusan juadah yang siap sedia untuk diagihkan.

Katanya, ketika itu FAF sebagai organisasi membantu menyelamatkan lebihan makanan (food surplus) meliputi sayuran, buah-buahan dan bakeri yang masih elok dimakan, tetapi tidak terjual untuk diagihkan kepada golongan asnaf dan rumah kebajikan

"Komitmen dan keprihatinan tinggi yang ditunjukkan Lotus's Malaysia adalah bertepatan dengan keperluan rakyat negara ini terutama selepas berlalunya pandemik Covid-19.

Kakitangan Lotus’s Malaysia dan FAF yang terlibat dalam program berkenaan.

"Kita perlukan penglibatan syarikat dan badan korporat dalam program seumpama ini agar lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan mendapat manfaat," katanya.

Sukarelawan, C Priyatharrshni, 28, yang pertama kali menyertai program berkenaan berbesar hati kerana dapat sama-sama menyumbang tenaga.

PRIYATHARRSHINI

Ujarnya, usaha seumpama itu melambangkan keutuhan perpaduan dalam negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum.

"Ini peluang terbaik kita berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, lebih-lebih lagi dalam suasana Ramadan. Kita dapat tunjukkan rasa prihatin dengan hati yang ikhlas," jelasnya.

Mazliana Abu Mansor, 40, pula terpanggil untuk terbabit dalam kesukarelawanan kerana aktiviti seumpama itu sudah menjadi sebahagian daripada semangat warga kerja Lotus's Malaysia.

MAZLIANA

"Ini cara kita mendekatkan diri dengan komuniti setempat dan saya rasa semua sukarelawan bersemangat malah sangat teruja membantu buat persiapan sehingga semua makanan siap diedar," katanya.