Aliran trafik di Plaza Tol Gombak lancar

Iklan
Tinjauan Sinar Harian setakat jam 5.30 petang mendapati trafik di Plaza Tol Gombak lancar.

SHAH ALAM- Aliran trafik dari arah Kuala Lumpur menuju ke Plaza Tol Gombak lancar menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Tinjauan Sinar Harian setakat jam 5.30 petang Rabu mendapati, tiada kesesakan berlaku meskipun terdapat pertambahan kenderaan berikutan orang ramai mula pulang ke kampung untuk menyambut hari lebaran itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, menurut Lebuhraya Pantai Timur (LPT), aliran trafik di beberapa kilometer (KM) lebuhraya berkenaan dari Kuala Lumpur ke Karak agak perlahan.

"Trafik Kuala Lumpur ke Karak dilaporkan perlahan dengan jarak 5.5 KM bagi KM 20.9 hingga 26.4 (Genting Sempah).

Iklan

"Turut dilaporkan di KM34.1 hingga 37.1 dengan jarak 3KM (Genting Sempah)," kata LPT dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Baru-baru ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan jumlah trafik dijangka meningkat hingga 2.3 juta, melibatkan tiga lebuh raya utama iaitu Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan LPT 1.

Iklan

Justeru, bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan mengurangkan kesesakan di lebuh raya, lembaga tersebut mengarahkan syarikat konsesi lebuh raya mengambil beberapa langkah bagi meminimumkan kesan peningkatan trafik.

Antaranya termasuk menghentikan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan yang melibatkan penutupan lorong lebuh raya bermula semalam hingga 7 Mei ini.

Selain itu, syarikat konsesi juga diminta menempatkan petugas di plaza tol bagi membantu pengguna dalam memastikan kelancaran trafik semasa inisiatif tol percuma berkuat kuasa, di samping memastikan sistem dan operasi di plaza tol berjalan lancar selain penambahan lorong tol di kawasan dikenal pasti mempunyai trafik tinggi.