TP1B lancar agihan sarapan, makan malam kepada pelajar UiTM

Iklan
Zaini dan Dr Azizan (kiri) mengedarkan bungkusan sarapan kepada para pelajar UiTM Shah Alam selepas melancarkan program agihan makanan di Kolej Kediaman Delima 2, Shah Alam semalam. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM - Tabung Pendidikan 1 Bilion (TP1B), yayasan kendalian alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) melancarkan agihan sarapan dan makan malam kepada pelajar-pelajar universiti itu semalam.

Program kebajikan itu akan dijalankan dari semasa ke semasa dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu.

Iklan
Iklan

Program"Ingatan Abang-Abang Alumni kepada Adik-Adik UiTM” adalah bagi mendekatkan hubungan kedua-dua pihak.

Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), Datuk Zaini Hassan berkata, TP1B memperuntukan sebanyak RM50,000 untuk tujuan itu dan sebanyak RM50,000 untuk tujuan derma siswa kepada pelajar yang memerlukan bantuan.

Iklan

"Kami juga pernah mengalami suasana yang sama seperti yang dihadapi oleh para pelajar sekelian. Kita bukan sama, ada yang senang, ada yang susah,” katanya pada majlis yang diadakan di Kolej Kediaman Delima 2, UiTM Shah Alam.

Katanya, aktiviti seperti ini diharapkan akan disambut oleh semua pihak yang ada kaitan sentimental dengan institusi pengajian itu.

Iklan

Beliau juga mencadangkan kolej-kolej kediaman atau asrama di universiti itu mengikut jejak kolej kediaman Universiti Malaya (UM) yang menjadikan kolej kediaman mereka sebagai tempat sesuatu yang cukup ingati.

"Di UM ada Kolej Kediaman 1 hingga 12 dan bekas penghuni setiap kolej itu membuat majlis makan malam elit setiap tahun bagi mengumpul dana kebajikan dan disalurkan kembali kepada kolej-kolej kediaman itu.

"Selain universiti dan fakulti kita, asrama kediaman tempat kita tempat kita rehat, tidur, mandi adalah juga sesuatu yang sangat diingati.

"Budaya ‘home-coming’ seperti itu juga perlu diterap pada asrama Kolej Kediaman Delima, Seroja, Cempaka, Teratai, Perindu dan di sistem UiTM seluruh negara," katanya.

Turut hadir di majlis itu ialah Naib Canselor HEP, Prof. Dr Azizan Abdullah, pengurus-pengurus kolej kediaman, para alumni dan pelajar.