Penduduk anggap kejadian bronok penuhi Sungai Melaka aneh

Iklan
Gambar yang tular menunjukkan bronok memenuhi kawasan Sungai Melaka.

LANGKAWI - Fenomena bronok naik 'darat' yang berlaku beberapa hari lalu di Sungai Melaka dianggap aneh oleh penduduk setempat.

Seorang pencari bronok, Kassim Ahmad, 50, berkata, bronok iaitu hidupan laut seakan-akan gamat itu lazimnya dijumpai di pesisir pantai Kuala Muda yang berlumpur bukannya di kawasan air tawar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, selama berpuluh tahun mencari bronok sebagai sumber pendapatan, ini kali pertama dia melihat fenomena terbabit.

"Arus dari laut tolak bronok dengan lumpur sampai ke sungai ini, kalau ikut jarak tu lebih 1 kilometer juga dari pantai," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Tambahnya, walaupun ribuan bronok terbabit dianggap rezeki terpijak, namun dia tidak mengutip spesies berkenaan kerana risau boleh memudaratkan.

Nor Hidayah Samad, 33, pula berkata, dia mengetahui kejadian terbabit daripada kawannya sebelum pergi melihat fenomena terbabit.

Iklan

"Kalau dengar sembang-sembang orang kampung kejadian ini memang tak pernah jadi sebelum ini.

"Ramai yang risau fenomena ini petanda sesuatu akan berlaku sama ada hendak jadi ribut atau apa-apa sahaja. Tapi harapnya tiada kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Sebelum ini, pada tahun 2019 penduduk di kawasan Kuala Muda dan Kuala Teriang pernah digemparkan dengan kejadian bronok memenuhi kawasan berselut dan pesisir pantai di lokasi berkenaan.

Kejadian terbabit berlaku selepas hujan lebat dan angin kencang beberapa hari sebelum itu.