Panda dipinjamkan China mati di Thailand

Iklan
Dua ekor panda yang pernah dipinjamkan kepada Thailand oleh China ditempatkan di Zoo Chiang Mai. - Foto AFP

BANGKOK - Seekor panda gergasi yang dipinjamkan dari China ke Thailand dan berjaya menawan hati pencipta haiwan menerusi telatahnya dilaporkan meninggal dunia pada Rabu ketika berusia 21 tahun.

Panda diberi nama Lin Hui adalah salah seekor daripada tiga ekor panda yang terakhir ditempatkan dalam kandang berhawa dingin di Zoo Chiang Mai sejak 2003 dan dijangka dihantar pulang ke China pada Oktober depan.

Iklan
Iklan

Pasangannya, Chuang Chiang dilaporkan mati pada 2019 akibat serangan jantung dan penempatan haiwan itu di Thailand adalah sebahagian daripada program 'diplomasi panda' Beijing.

Pengarah Zoo, Wutthichai Muangman berkata, Lin Hui mengalami pendarahan hidung pada Selasa dan semakin kritikal pada petang Selasa sebelum meninggal dunia pada awal pagi Rabu.

Iklan

"Kami membantunya semampu mungkin dan Lin Hui tetap meninggalkan kami,"kata Wutthichai kepada pemberita.

Pengerusi Pertubuhan Taman Zoologi Thailand, Dejboon Maprasert berkata, pakar dari China dan Thailand akan bersama-sama menjalankan bedah siasat bagi mencari punca kematian panda itu. - AFP

Iklan