Indonesia: Gunung Semeru meletus, muntahkan abu panas

Iklan

JAKARTA - Gunung Semeru yang terletak di wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak 16 kali pada Rabu dan menghamburkan abu panas sejauh dua kilometer, menurut Pos Pemantauan Gunung Berapi Semeru.

"Letusan pertama bermula pada jam 7:10 pagi dan kedua pada 8:40 pagi, dengan tempoh 82 hingga 110 saat,” kata Pegawai Pos Pemantau Gunung Berapi Semeru Sigit Rian Alfian pada Rabu.

Iklan
Iklan

Status berjaga-jaga Gunung Semeru berada pada tahap ketiga tertinggi, lapor Xinhua.

Pihak berkuasa meminta orang ramai untuk terus berwaspada dan mengelakkan diri daripada menghampiri kawasan tenggara sepanjang 13 km dan dalam radius lima km di sekitar puncak untuk mengelakkan bencana.

Iklan

Letusan Gunung Semeru pada Disember 2021 menyebabkan puluhan ribu orang melarikan diri dan meragut lebih 50 nyawa. - Bernama

Iklan