BAC: Pearly tarik diri akibat masalah kesihatan

Iklan
Pearly Tan terpaksa tarik diri susulan masalah kesihatan.

HASRAT untuk melihat gandingan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 bulan ini tidak kesampaian selepas Pearly terpaksa menarik diri susulan masalah kesihatan.

Iklan
Iklan

Perkembangan itu dimaklumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerusi hantaran di Instagram, petang Rabu.

"Pearly Tan menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia 2023 kerana masalah kesihatan,” menurut hantaran itu.

Iklan

BAC 2023 akan berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 25 hingga 30 April ini.

Pada edisi lalu di Filipina, Pearly-Thinaah, pasangan ranking kelapan dunia dan juara Terbuka Perancis 2022 berjaya mara sehingga ke suku akhir. - Bernama

Iklan