KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ada memanggil semula Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar pada Isnin lalu.
Sumber SPRM memberitahu, Ahli Parlimen Batu Gajah itu dipanggil semula bagi membantu siasatan kes rasuah pengambilan pekerja asing membabitkan kementeriannya.
Difahamkan, siasatan kini untuk merungkai rantaian kewangan selepas penahanan beberapa individu oleh SPRM berkaitan kes itu.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes itu.
Menurut beliau, orang ramai perlu memberikan masa kepada SPRM untuk melengkapkan siasatan.
Pada Ahad, Sivakumar disahkan hadir ke pejabat SPRM Putrajaya bagi melengkapkan siasatan selepas agensi itu selepas menahan tiga individu termasuk dua pegawai kementerian tersebut pada minggu lalu.
Sementara pada Khamis, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan, Setiausaha Sulit kepada Sivakumar ditahan.
Penahanan Setiausaha Sulit menteri itu dilakukan SPRM kira-kira jam 2.30 pagi selepas seorang pegawai tugas-tugas khas kepada Sivakumar ditahan sebelum itu. - Awani