Dekorasi Hari Raya Aidilfitri

Iklan
Adik-beradik Azlina Ibrahim bersama ibu mereka bergambar di halaman rumah yang dihias dengan pelita, lampu dan pelbagai dekorasi Hari Raya Aidilfitri yang diperbuat daripada bahan kitar semula seperti aluminium, tong cat, buluh, kayu dan kotak ketika tinjauan di rumah mereka di Jalan Pay Lengkung, Merlimau Pasir di sini malam ini.
Dekorasi yang diusahakan lapan beradik dalam masa seminggu itu turut meraih hadiah pertama pertandingan pelita dan hiasan raya anjuran UMNO Parlimen Jasin baru-baru ini bagi memeriahkan sambutan perayaan Aidilfitri.