Wanita dipercayai dirogol ditemukan trauma, menangis

Iklan
Mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan trauma dan menangis. - Gambar hiasan 123rf

IPOH - Seorang wanita cedera di kaki akibat terjatuh dari rumahnya ketika menyelamatkan diri selepas diperkosa seorang penagih dalam kejadian di Fair Park di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa berusia 38 tahun itu ditemukan orang awam dalam keadaan trauma dan menangis sebelum pasukan dari Balai Polis Sungai Senam memberi bantuan sekitar jam 9.15 pagi.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan awal, mangsa dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum menyelamatkan diri dan mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat terjatuh dari tempat tinggi.

"Hasil tindakan pantas pasukan, suspek berusia 43 tahun berjaya diberkas di rumah mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Iklan

Menurut beliau, suspek ditahan bersama senjata seperti gunting, pisau dan kuku kambing.

"Semakan lanjut mendapati suspek memiliki beberapa rekod lampau dalam jenayah narkotik dan dia didapati positif dadah jenis methamphetamine menerusi ujian saringan air kencing.

Iklan

"Mangsa pula dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun dan kini disahkan dalam keadaan stabil," katanya.

Yahaya berkata, suspek direman selama tujuh hari sehingga 25 April untuk siasatan lanjut.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

"Polis sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat," katanya.