Tahun ini ramai pilih 'Raya Rahmah'

Iklan
Warga kota mengambil peluang cuti hujung minggu membeli belah sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi ketika tinjauan di sebuah pusat membeli belah. - Gambar hiasan

RAMAI orang cakap raya kali ini mungkin lain macam sikit, tak macam tahun-tahun sebelumnya. Bermula dengan persiapan raya apabila ramai yang mula buat persediaan yang sederhana dan tak kurang juga ala kadar saja.

Mereka berbelanja secara berhemah dan juga berjimat cermat. Pilih baju raya yang harga marhaen dan seboleh-bolehnya mereka elakkan beli baju raya harga kayangan. Koleksi baju raya pun tak semewah tahun-tahun sudah, apabila ada sekadar beli sepasang, sekadar untuk betul-betul menyambut raya.

Iklan
Iklan

Ramai antara mereka memilih untuk beli persiapan raya secara atas talian kerana dikatakan harganya jauh lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai ataupun bazar raya.

Penyediaan kuih raya pun sama, hanya beli tiga atau empat jenis saja. Apatah lagi dengan kebanyakan harga kuih raya pun naik, jadi mereka memilih cara sederhana sahaja tahun ini.

Iklan

Mungkin perubahan itu berlaku kerana faktor ekonomi dan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang mempengaruhi kuasa beli mahupun trend berbelanja rakyat.

Kebetulan pula kehadiran Ramadan dan Syawal tahun ini selepas kemasukan sesi baharu persekolahan pada Mac lalu, membuatkan ibu bapa sudah berbelanja untuk keperluan sekolah anak-anak.

Iklan

Jadi banyak keluarga yang mula menyusun perbelanjaan dan kewangan mereka. Apa yang penting, raya tetap disambut penuh kesyukuran dan kelangsungan hidup selepas itu dapat diteruskan dengan baik.

Bila kuasa beli menurun, orang berbelanja pun kurang maka para peniaga juga menerima kesan yang mendalam.

Apa tidaknya rata-rata peniaga terutamanya yang menjual persiapan raya mengakui jumlah jualan serta pendapatan mereka amat kurang jika dibandingkan dengan tahun-tahun sudah.

Tinjauan Sinar Harian sebelum ini menunjukkan kerancakan umat Islam membeli-belah persiapan raya agak kurang. Memang betul ramai orang datang ke bazar-bazar Aidilfitri tapi bak kata peniaga, ramai yang datang cuci mata atau 'nok ko suasano jah'.

Namun walau apa pun keadaan semasa, Aidilfitri mesti kita sambut dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran sebagai meraikan kemenangan kita menempuh pelbagai ujian sepanjang Ramadan.