Trend tayar sotong, tiada brek belakang

Iklan
Tayar sotong yang didapati turut dikesan dijual di platform dalam talian.

KUALA LUMPUR - Penggunaan tayar sotong atau tayar bersaiz kecil sering menjadi trend, walaupun tidak memenuhi piawaian keselamatan ditetapkan pihak berkuasa.

Pengurus M2M Tyre Trading, Hisham Roslan, 42, berkata, faktor yang menyebabkan penggunaannya popular adalah untuk lebih kelajuan, ringan serta digunakan untuk sprint test atau drag race di jalan lurus sahaja.

Iklan
Iklan

"Penggunaan tayar sotong bersaiz kecil iaitu 60/80, 50/80 atau 50/90 sangat berisiko kemalangan dan tidak sesuai digunakan di atas jalan raya biasa.

"Tayar sotong ini seperti sudah kembali trend. Lebih berbahaya ada yang tidak menggunakan brek belakang. Ia tidak selamat digunakan ketika mengambil selekoh kerana kurang cengkaman serta tidak stabil dan mudah tergelincir,” katanya.

Iklan

Hisham berkata, permukaan tayar sotong yang sedikit di jalan raya menyebabkan tayar berkenaan kurang cengkaman apabila penunggang motosikal melalui jalan berselekoh.

Katanya, peratus untuk rim bengkok serta tayar bocor juga tinggi apabila menggunakan tayar sotong dan terlanggar lubang di jalan raya.

Iklan

Menurutnya, harga tayar sotong itu bergantung jenama.

Hisham berkata, dia juga selalu memberi nasihat kepada pelanggan berkaitan risiko penggunaan 'tayar sotong'.

"Ada segelintir penunggang motosikal yang menggunakan tayar sotong didapati sudah serik dan datang ke kedai ini untuk beli dan menukar kembali tayar bersaiz standard,” katanya.