MCMC pantau penjualan alat ganti di media sosial

Iklan
Zulkarnain

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memantau sekiranya terdapat penjualan alat ganti motosikal yang tidak dibenarkan menerusi media sosial.

Ketua Pegawai Kawal Selia MCMC, Zulkarnain Mohd Yasin berkata, peruntukan undang-undang jelas termaktub berkaitan kawal selia melibatkan penjualan alat ganti motosikal bagi memastikan alat ganti yang tidak dibenarkan dijual menerusi medium media sosial.

Iklan
Iklan

"Pemantauan sentiasa dijalankan melibatkan kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi membendung aktiviti penjualan alat ganti ini.

Beliau berkata, tindakan tegas termasuk sekatan terhadap mana-mana laman sesawang yang didapati menjual alat ganti yang tidak dibenarkan ini.

Iklan

Katanya, pemantauan sememangnya dilaksanakan dari semasa ke semasa dan dalam soal ini pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Apa yang menjadi kesalahan di dunia realiti, ia terpakai sama menerusi alam maya, itu tindakan yang kita sentiasa laksanakan,” ujarnya.

Iklan