City buat perhitungan dengan Real Madrid

Iklan
Haaland pacu kemenangan City.

MANCHESTER City akan menentang Real Madrid dalam separuh akhir Liga Juara-Juara untuk musim kedua berturut-turut selepas Erling Haaland meledak gol dalam keputusan seri 1-1 yang memastikan kemenangan 4-1 secara agregat ke atas Bayern Munich.

Pemain Norway itu gagal menjaringkan penalti pada separuh masa pertama tetapi berjaya menebus kehampaan dengan gol pada babak kedua perlawanan sekali gus menjadi gol ke-48 dalam 41 penampilan musim ini.

Iklan
Iklan

Bayern menjaringkan penalti lewat perlawanan menerusi Joshua Kimmich tetapi sekali lagi dihantui oleh ketidakupayaan mereka untuk membuat penguasaan dan mencipta peluang

"Separuh akhir sekali lagi... pengalaman yang kami ada dalam pertandingan dan mereka mahu melakukannya dengan sangat baik," kata pengendali City, Pep Guardiola.

Iklan

Bayern memecat pengendali sebelum ini, Julian Nagelsmann dan melantik Thomas Tuchel walaupun mempunyai rekod sempurna dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini, tetapi kini tersingkir daripada saingan Eropah serta Piala Jerman.

"Jika kami tidak dapat mengambil keputusan positif daripada perlawanan ini, kami akan menghadapi masalah

Iklan

"Pada masa ini, City berada dalam keadaan terbaik, dengan pemain terbaik dalam liga terbaik di dunia," katanya.

Guardiola, yang sering dikritik dalam saingan Liga Juara-Juara kerana suka melakukan eksperimen ke atas skuadnya, kali ini menurunkan kesebelasan utama sama yang menang 3-0 pada aksi suku akhir pertama di Manchester.

Pemenang antara City dan Real akan berdepan sama AC Milan atau Inter Milan di final yang akan berlangsung di Istanbul pada 10 Jun.