Gempa bumi lemah di Beluran, tiada ancaman tsunami

Iklan
Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi ini.

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah di laut berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Beluran, Sabah pada 9.07 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, kejadian itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) di koordinat 6.6 darjah utara dan 117.4 darjah timur.

Iklan
Iklan

"Gempa tersebut berjarak 37 km tenggara dari Pitas, Sabah dan 365 km utara dari Tarakan, Indonesia,” menurut kenyataan berkenaan.

Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama

Iklan
Iklan