Tujuh warga asing leka berjudi ditahan

Iklan
Warga asing yang ditahan ketika sedang leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lukut Cina pada Rabu.

KOTA TINGGI - Polis menahan tujuh lelaki warga asing ketika sedang leka berjudi dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Lukut Cina di sini pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, kesemua lelaki itu berusia dalam lingkungan 24 hingga 34 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam serbuan itu polis turut merampas peralatan perjudian dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM268.

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya pada Khamis.

Tambah Hussin, kesemua lelaki berkenaan akan direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Khamis bagi membantu siasatan.

Iklan