Harapan positif buat Teong Kim

Iklan
Pemain Perak FC, Shafizi Iqmal (kiri) mengawal bola ketika bertemu Pasukan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Perak. - Foto Bernama

PENGENDALI Perak FC, Datuk Lim Teong Kim percaya pasukannya berada di landasan tepat untuk tampil lebih mantap selepas mengikat Negeri Sembilan FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Perak pada Rabu.

Menurutnya, kejayaan mengikat antara pasukan kuat seperti Negeri Sembilan itu memberikannya harapan positif dalam mengharungi saingan liga.

Iklan
Iklan

"Pemain-pemain kita memberikan segalanya yang mereka ada dalam perlawanan ini. Persembahan ini memberikan saya harapan yang positif terutama dalam menghadapi perlawanan selepas cuti hari raya nanti.

"Saya pasti kita akan lebih mantap lagi," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

Iklan

Dalam perlawanan itu, Perak mendahului seawal minit ketiga menerusi Mohd Alif Zikri dan menunjukkan persembahan yang baik sebelum Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-70 melalui Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi.

Teong Kim berkata, mereka mampu untuk melakar kemenangan dalam perlawanan itu menerusi beberapa peluang yang ada, namun beliau tetap berpuas hati dengan satu mata.

Iklan

"Kita mahu beri hadiah yang terbaik. Tetapi satu mata pun boleh kata lebih baik daripada tiada kerana Negeri Sembilan pun ada peluang untuk jaringkan gol.

"Kita pun ada peluang untuk tambah gol, tetapi ini adalah bola sepak," katanya.

Perak ketika ini berada di kedudukan ke-11 liga dengan enam mata hasil satu kemenangan, tiga seri dan lima kekalahan.