Pelantikan Zaini beri harapan kepada TVET negara

Iklan
Zaini Ujang

IPOH - Pelantikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan memberikan harapan baharu terutama dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Pengerusi Konsortium Institut Latihan Kemahiran Swasta Malaysia (KILKSM), Nordin Abdul Malek berharap TVET kembali diberi perhatian dalam melahirkan tenaga kerja sekali gus negara tidak bergantung kepada pekerja asing.

Iklan
Iklan

"KSM sepatutnya menjadi peneraju kepada perlaksanaan TVET tetapi pertindanan melibatkan 12 kementerian menjadikan fungsi KSM seolah-olah tenggelam berbanding Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan.

"Oleh itu, satu kerangka TVET negara yang baru dengan merasionalisasikan semula sistem perlaksanaan TVET yang bersifat cepat, cekap, jimat dan berkesan perlu dilakukan dengan bersungguh dan berani, dengan kesungguhan politik (political will).

Iklan

"Ia kerana TVET sudah tidak diminati generasi muda, pencapaian yang tidak kompetitif di peringkat antarabangsa serta persepsi permintaan majikan yang agak lemah," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut Nordin, Zaini perlu memastikan isu-isu integriti di bawah agensi KSM dapat dihapuskan bagi mengelakkan ketirisan yang memusnahkan hasrat pembangunan modal insan negara.

Iklan

"KILKSM yang sangat berpengalaman dalam pembangunan sumber manusia bersedia untuk bekerjasama dengan beliau.

"Kerjasama ini bagi membolehkan kami menyediakan input serta memberi cadangan untuk mengangkat semula martabat TVET negara yang pernah gemilang ke peringkat antarabangsa seperti sebelum ini," katanya.