PUTRAJAYA - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjangkakan bekalan telur ayam bagi sambutan Aidilfitri tahun ini adalah mencukupi dan memenuhi keperluan.
DVS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sentiasa meneliti status bekalan telur ayam secara berterusan dari semasa ke semasa, bagi memastikan bekalan telur ayam yang diambil oleh rakyat Malaysia dengan kadar penggunaan purata sebanyak 942 juta biji setiap bulan tidak terputus.