Ukhuwah Fillah satukan UMNO, Pas

Iklan
Pemuda UMNO dan Pas Machang jayakan Program Ukhuwah Fillah bagi mengukuhkan semangat kebersamaan antara kedua belah pihak seterusnya merealisasikan penyatuan ummah.

MACHANG - Kerjasama antara UMNO dan Pas bagi tujuan penyatuan ummah disemarakkan lagi apabila Pemuda UMNO dan Pas Machang menjayakan Program Ukhuwah Fillah di Tanah Perkuburan Bakat di sini, petang semalam.

Program yang meletakkan kebersamaan antara ahli jawatankuasa Pemuda UMNO dan Pas tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Kemuning, Mohd Roseli Ismail dan Ketua Pemuda Pas, Razuan Awang Hamat.

Iklan
Iklan

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Datuk Ismail berkata, kerja-kerja sosial, keagamaan dan sukan akan disemarakkan di jajahan ini dengan melibatkan kerjasama antara kedua belah pihak dalam usaha merealisasikan penyatuan ummah.

"Ini adalah titik mula antara kami (Pemuda UMNO dan Pas untuk membina semangat kebersamaan dan ianya tidak akan berakhir sehinggalah kekuatan Islam dan Melayu terbukti pada PRU akan datang.

Iklan

"Terima kasih kepada semua pihak khususnya pemuda Pas yang bersama-sama merealisasikan program ini dan membuka lembaran baharu dengan semangat kerjasama yang tinggi," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Fakaaruddin berkata, kesepakatan kedua-dua parti itu atas nama penyatuan ummah sudah lama ditunggu-tunggu oleh orang Melayu dan bakal disemarakkan pada masa akan datang dengan pelbagai pendekatan termasuk ceramah-ceramah umum dan penerangan isu semasa.

Iklan