Musk mahu ambil tindakan undang-undang ke atas Microsoft

Iklan

MOSCOW - Usahawan Amerika Syarikat, Elon Musk pada Rabu berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas perbadanan Microsoft yang secara haram melatih algoritma kecerdasan buatan (AI) menggunakan data pengguna Twitter, lapor Sputnik.

"Mereka (Microsoft) melatih (AI) secara haram menggunakan data Twitter. Masa untuk mengambil tindakan mahkamah," kata Musk di Twitter.

Iklan
Iklan

Pada Januari, Microsoft mengumumkan rancangannya untuk mengintegrasikan AI, ChatGPT khususnya berasaskan suara ke dalam perkhidmatannya seperti Word dan Excel.

Microsoft juga mengumumkan pelaburan berbilion dolar dalam pencipta ChatGPT, syarikat OpenAI.

Iklan

Model bahasa ChatGPT OpenAI, yang dilancarkan pada akhir November 2022, menerima pelbagai reaksi kerana keupayaannya untuk meniru perbualan manusia dan menjana teks unik berdasarkan aksi pengguna. - Bernama/ Sputnik

Iklan