Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan lori

Iklan
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

MERSING - Seorang lelaki maut, sementara seorang lagi cedera dalam nahas melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi dengan sebuah lori di Jalan Mersing, Batu 10 di sini, pada Khamis.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Khas Untuk Penyandang (KUP), Amir Hamzah Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan pada 2.24 petang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Endau serta tujuh Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari BBP Mersing bersama satu jentera FRT, satu jentera LFRT dan satu EMRS dihantar ke lokasi kejadian.

Keadaan kereta Myvi yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Mersing, Batu 10 pada Khamis.

"Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan dua kenderaan jenis Perodua Myvi dengan sebuah lori membawa muatan barang.

Iklan

"Pemandu Perodua Myvi telah tersepit dalam kenderaan dan kerja-kerja penyelamatan dibuat dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi sementara pemandu lori mengalami kecederaan dan telah diberikan rawatan di lokasi," katanya.

Iklan

Beliau berkata, operasi ditamatkan sekitar 3.20 petang.