Aidilfitri: Raih ribuan ringgit dengan mengukir inai

Iklan
Nor Ain Natasha Rosli, 17, (kanan) bersama Noraina Natasha Mat Salleh, 17, (kiri) menunjukkan ukiran inai pada tangan yang dibuat mereka ketika keluar membeli-belah untuk membuat persiapan terakhir menjelang sambutan Aidilfitri di sebuah pasar raya hari ini. - Foto Bernama

KOTA BHARU - Seorang pengukir inai di sini meraih pendapatan mencecah ribuan ringgit apabila hasil sentuhan kreatif beliau mendapat sambutan menggalakkan menjelang perayaan Aidilfitri.

Zafira Hanafi, 28, berkata, gerai yang diusahakan bersama rakannya di sebuah pasar raya menjadi tumpuan golongan wanita dan kanak-kanak sejak dua minggu lepas, sehingga mereka tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Iklan
Iklan

"Setiap kali menjelang Aidilfitri tempahan untuk ukiran inai memang meningkat tiga kali ganda berbanding hari biasa. Ukiran inai ini seolah menjadi pelengkap aksesori kepada wanita untuk tampil bergaya pada hari raya.

"Dalam sehari, saya menerima antara 40 hingga 50 tempahan ukiran inai dengan lebih 1,000 corak ditawarkan,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di sini hari ini.

Iklan

Ibu kepada tiga anak itu berkata harga bagi setiap ukiran inai berbeza mengikut corak yang dipilih iaitu serendah RM10 hingga RM50 bagi kedua-dua belah tangan.

Zafira mengakui tidak pernah mengikuti sebarang kursus atau latihan berkaitan ukiran inai, sebaliknya kebolehan dimilik secara semula jadi selain minat yang mendalam.

Iklan

"Saya memang meminati subjek lukisan sejak di bangku sekolah lagi, malah adik-beradik saya juga meminati seni lukis selain bapa saudara saya mempunyai kemahiran melukis mural,” katanya yang mampu meraih pendapatan hampir RM10,000 pada setiap musim perayaan.

Seorang pelanggan, Nor Ain Natasha Rosli, 17, berkata, beliau sangat berpuas hati dengan hasil kerja Zafira yang kemas, unik dan teliti.

"Saya memang suka berinai dan selalunya saya akan mendapatkan khidmat Zafira kerana kerana beliau sangat teliti, kemas dan inai yang diukirnya menepati cita rasa," katanya. - Bernama