Agong berkenan hadir sesi cerapan gerhana matahari separa

Iklan
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke sesi Pencerapan Gerhana Matahari Separa di pekarangan Istana Negara, pada Khamis.

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke sesi Pencerapan Gerhana Matahari Separa di pekarangan Istana Negara, pada Khamis.

Perkara itu dimuat naik di Facebook rasmi Istana Negara.

Iklan
Iklan

Seri Paduka Baginda berdua turut menunaikan solat sunat gerhana secara berjemaah di Surau Utama Istana Negara sebelum itu.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke sesi Pencerapan Gerhana Matahari Separa di pekarangan Istana Negara, pada Khamis.

Solat berkenaan diimamkan oleh Penolong Pegawai Agama Istana Negara, Mohd Zuhairee Mohd Yatim manakala bacaan khutbah oleh Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh.

Iklan

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang dan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Aminuddin Hassim serta barisan pengurusan tertinggi Istana Negara.

Fenomena gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.

Iklan