OKU lembam tekad kerja kuat demi adik-adik

Iklan
Amyamira (kanan) bersama tiga adiknya serta nenek mereka.

MELAKA - Meskipun dikategorikan orang kurang upaya (OKU) lembam, namun ia bukan penghalang buat wanita istimewa ini menggalas tanggungjawab menjaga adik-adik selepas ibu mereka meninggal dunia pada Ogos tahun lalu.

Amyamira Abdullah, 20, berkata, mengenangkan tiga adiknya masih bersekolah antara 9 hingga 13 tahun, membuatkan dia nekad tidak meneruskan pelajaran dan bekerja sebagai pembantu kedai.

Iklan
Iklan

Ibu, Kamalia Khamis, 36, meninggal dunia akibat komplikasi hati dan empat beradik itu kini menumpang kasih nenek, Azizah Aziz, 68, yang tinggal bersama mereka.

Katanya, sejak ibu bercerai lagi, mereka adik-beradik menetap bersama nenek yang menjual nasi ayam di kawasan medan selera berhampiran rumah.

Iklan

"Cuma sepanjang Ramadan ini, nenek tidak berniaga kerana faktor usia. Jadi saya perlu bekerja kuat agar adik-adik ada baju raya.

"Walaupun saya bekerja jauh di Dataran Pahlawan, sekurang-kurangnya dapat ringankan beban nenek yang banyak berkorban untuk kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Datin Fatimah, Bukit Rambai di sini.

Iklan

Tambah Amyamira, Ramadan dan Aidilfitri kali ini berbeza kerana tiada lagi insan bergelar ibu yang akan menyediakan pakaian raya buat mereka empat beradik.

Menyingkap kenangan sewaktu Allahyarham Kamalia masih hidup, Amyamira berkata, setiap kali bulan Ramadan dia dan tiga lagi adiknya sangat teruja apabila akan dibawa membeli-belah kelengkapan menyambut Aidilfitri bersama-sama

Ujarnya, tidak ketinggalan dia akan membantu ibunya berniaga makanan di bazar Ramadan.

"Walaupun tak semewah mana, tapi ibu akan pastikan kami adik-beradik ada baju raya.

"Kali ini kami tak dapat nak merasa beraya bersama ibu,” katanya.

Bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana saudara-mara sentiasa mengambil berat lebih-lebih adiknya, Aish Zikri Abdul Rani, 8, menderita kanser otak hingga merosakkan penglihatan.

"Alaudin Abdul Rani ini OKU lembam dan autisme.

"Adik kedua, Nurkhairani, 13, turut bantu jaga adik-adik sekiranya saya bekerja,” katanya.