Jutaan penduduk Sudan mungkin diancam kelaparan - WFP

Iklan
Orang ramai beratur untuk mendapatkan roti di luar kedai roti di Khartoum. - Foto AFP

GENEVA - Pergolakan di Sudan boleh menyebabkan berjuta-juta lagi penduduk diancam kelaparan, menurut Program Makanan Sedunia (WFP).

WFP terpaksa menghentikan penghantaran bantuan makanan ke Sudah susulan pergolakan itu.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan WFP pada Khamis, sebelum pertempuran tercetus pada 15 April lalu, terdapat jutaan penduduk Sudan yang bergelut dengan isu kelaparan dan pada tahun ini WFP merancang untuk membantu lebih 7.6 juta orang, lapor Agensi Anadolu.

"Pertempuran yang berterusan menghalang WFP untuk menghantar bekalan makanan yang amat diperlukan dan tidak dapat membantu petani meningkatkan pengeluaran gandum...,” menurut WFP.

Iklan

Setakat ini, tiga petugas WFP terbunuh dan dua lagi cedera parah akibat pertempuran itu.

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan dan enam trak makanan telah dicuri.

Iklan

Selain itu, rumah tamu, pejabat dan gudang WFP di bandar Nyala di Darfur Selatan telah ditawan dan 4,000 tan metrik makanan dicuri.

Justeru, WFP menggesa semua pihak untuk menamatkan pertempuran dan mencapai kesepakatan bagi membolehkan bantuan makanan disalurkan kepada mereka yang memerlukan. - Bernama