Amaran ribut petir di hampir semua negeri

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di 12 negeri sehingga 6 petang Jumaat.

MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3.36 petang memaklumkan, kejadian itu dijangka berlaku di Perlis, Kedah (Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Iklan
Iklan

Tambahnya, kawasan pantai barat seperti Perak pula dijangka melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala serta Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

Ujarnya, di kawasan Pantai Timur, ia dijangka melibatkan Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin).

Iklan
Amaran yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.

Dalam pada itu, turut dijangka Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Johor (Mersing), Sarawak di Limbang dan Sabah termasuk pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Tawau dijangka bakal mengalami ribut petir seperti yang dinyatakan.

MetMalaysia menambah, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Iklan

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.