LONDON - Twitter telah pun mula membuang tanda pengesahan biru atau blue ticks dalam usaha platform media sosial itu untuk menggalakkan lebih ramai pengguna mendaftar perkhidmatan Twitter Blue, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Tanda blue ticks mula dikeluarkan pada 20 April dan untuk mendapatkan semula tanda itu pengguna perlu mendaftar perkhidmatan Twitter Blue dengan yuran bulanan sebanyak £8 untuk pengguna di United Kingdom.
Beberapa akaun utama yang sudah tiada tanda biru termasuk akaun pemain bola sepak Cristiano Ronaldo, pemain kriket Virat Kohli dan bekas Presiden Donald Trump serta laman Twitter rasmi Pope. - Bernama-dpa