Afghanistan sambut Aidilfitri hari ini dengan kawalan ketat

Iklan
Anggota keselamatan Taliban memeriksa orang ramai di luar masjid semasa solat sunat Aidilfitri di Kabul. - Foto EPA

KABUL - Rakyat Afghanistan menyambut hari raya dan menunaikan solat sunat Aidilfitri pada Jumaat di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat, lapor Xinhua.

Tiada insiden tidak diingini dilaporkan berlaku setakat ini dan anggota keselamatan telah ditempatkan di sekitar masjid dan di kawasan sensitif yang lain.

Iklan
Iklan

"Situasi keselamatan baik dan saya berharap rakyat Afghanistan dapat menyambut cuti Aidilfitri selama tiga hari dalam suasana aman,” kata Fahim yang menetap di Kabul.

Pemangku Menteri Dalam Negeri, Khalifa Sirajuddin Haqqani dalam perutusan Aidilfitrinya, memberi jaminan kepada rakyat bahawa anggota polis akan berusaha untuk memastikan keamanan dan keselamatan sepanjang cuti Aidilfitri selama tiga hari bermula Jumaat. - Bernama-Xinhua

Iklan
Iklan