KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.21 petang Jumaat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 161 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 80km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama