TPM harap Aidilfitri disambut penuh makmur

Iklan
Ahmad Zahid

SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengharapkan sambutan Aidilfitri dirai dengan penuh kemakmuran agar lebih bermakna.

Menurutnya, seiring kehangatan sambutan lebaran, beliau dan seluruh anggota kementeriannya mengharapkan lebaran disambut penuh kesyukuran oleh seluruh rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Saya dan keluarga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri semoga lebaran ini disambut dengan penuh kemakmuran dan kesyukuran.

"Saya doakan seluruh muslimin dan muslimat di Malaysia mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Maaf zahir dan batin,” ujarnya melalui hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dengan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang diharapkan agar Malaysia dan seluruh rakyat sentiasa dalam limpah rahmat ilahi.

"Semoga Aidilfitri yang juga memberi maksud kembali kepada fitrah dan menjadi asbab ke arah penyatuan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya.

Iklan