KUALA LUMPUR - Pertubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi dan Kewarganegaraan (APDK) menyifatkan tindakan pemimpin Umno Sabah yang keluar parti sebagai perbuatan menjijikkan.
Timbalan Pengerusinya, Amidi Abdul Manan berkata, tindakan sebahagian besar anggota jawatan kuasa perhubungan negeri itu akan menyebabkan sistem pemerintahan berteraskan demokrasi yang diamalkan oleh negara menjadi lemah.
"Sikap yang ditunjukkan oleh para pemimpin politik Umno atau bekas Umno itu adalah amat menjijikkan. Kita perlu mengamalkan suatu nilai iaitu 'pihak yang menang bukan memiliki semua dan pihak yang kalah akan kehilangan semua'.
"Rakyat mahukan demokrasi yang matang bagi menjamin pemerintahan negara berada pada landasan yang betul. Oleh yang demikian tindakan wakil rakyat yang sebegini akan melemahkan sistem demokrasi berparlimen dan secara langsung melemahkan sistem kerajaan dan merugikan rakyat,” katanya melalui kenyataan media, semalam.
Beliau berkata, perbuatan tersebut bukan sahaja mengkhianati parti dan idealisme tetapi mengkhianati sistem serta negara yang mana Parlimen Malaysia terbina atas dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang.
"Perbuatan ini diburukkan lagi dengan wujudnya parti yang sanggup untuk menerima wakil rakyat yang sebegini,” katanya.
Amidi berkata, Malaysia perlu bergerak ke arah sistem demokrasi berpilihanraya yang mampu menghasilkan kerajaan yang kuat dan pembangkang berwibawa bagi menghasilkan pemerintahan berteraskan maslahah serta menghindari mafsadah.