SHAH ALAM - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Petaling Jaya, Selangor mencatatkan situasi tidak sihat sekitar petang ini.
Menurut laman sesawang Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan tersebut mencatatkan IPU 115.