Mat rempit lengkap berbaju raya antara ditahan

Iklan
Antara mat rempit yang ditahan dalam Op Samseng Jalanan pada malan Sabtu.

GEORGETOWN - Tujuh motosikal disita manakala 20 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dilaksanakan sekitar Daerah Barat Daya, di sini pada Sabtu.

Operasi bermula jam 10 malam sehingga 6 pagi Ahad itu turut menahan mat rempit yang masih lengkap berbaju raya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, operasi dilakukan oleh pasukan Task Force Barat Daya diketuai seorang pegawai dan sembilan anggota.

Menurutnya, selain membendung samseng jalanan, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi ditetapkan.

Iklan

"Anggota polis melakukan rondaan di sekitar kawasan Q1 dan Q2 Waterfront, Queensbay yang menjadi tumpuan ramai pada hujung minggu.

"Kita turut mengambil tindakan terhadap kenderaan yang menyalahi undang-undang terutama pengubahsuaian ekzos motosikal yang mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat," katanya menerusi kenyataan di sini, pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, tujuh motosikal disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengelakkan kesalahan berulang.

Sementara itu, Kamarul Rizal turut menyeru orang ramai agar salurkan maklumat sekiranya mempunyai maklumat kegiatan samseng jalanan atau kejadian jenayah ke bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian,04-8664122, 0192238169 (WhatsApp) atau Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya melalui messenger.