Transformasi industri penjagaan kesihatan di Malaysia

Iklan
Dr Noor Hisham ketika berucap pada Persidangan Perubatan Serantau 2019 di Newcastle University Medicine (NUMed) Malaysia, semalam.

ISKANDAR PUTERI - Industri penjagaan kesihatan di negara ini perlu melalui proses transformasi selari dengan arus pemodenan terutama membabitkan teknologi yang semakin canggih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan wujudnya kesihatan digital pada era masa kini ia mampu membantu mengurangkan sebarang kerumitan dalam industri tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia memudahkan pembedahan, prosedur dan sebagainya. Dengan adanya kesihatan digital, kita perlu mengamalkan ia dan seterusnya bergerak ke hadapan untuk mentransformasikan industri ini.

"Transformasi ini menjadikan industri penjagaan kesihatan menjadi lebih mudah, baik, cepat, murah dan selamat. Oleh itu, semua organisasi dan persatuan (dalam industri) perlu amalkannya," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Perubatan Serantau 2019 di Newcastle University Medicine (NUMed) Malaysia, di sini semalam.

Dr Noor Hisham berkata, kesihatan digital pada masa kini adalah penting terutama dalam soal penstoran, kesalinghubungan, Internet untuk segalanya (IoT) dan kecerdasan buatan (AI).

Iklan

"Persoalannya, adakah kita bersedia untuk mentransformasikan minda untuk menyesuaikan diri dengan teknologi. Ingat, ia bukan (mengenai soal) betapa kuat dan pintarnya anda.

"(Sebaliknya) ia mengenai soal menyesuaikan diri dengan teknologi dan persekitaran baharu. Ini adalah persekitarannya tidak kira sama ada anda suka atau tidak," katanya.