Gencatan senjata gagal dipatuhi, pertempuran kembali meletus

Iklan
Pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) Sudan sebelum ini mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam bermula 6 pagi (waktu tempatan) Jumaat sempena Aidilfitri.

KHARTOUM - Gencatan senjata 72 jam di Sudan gagal dipatuhi apabila pertempuran kembali meletus antara dua pihak yang bertelagah, menurut persatuan doktor pada Sabtu.

Hospital terus menjadi sasaran serangan dalam konflik itu yang membabitkan Angkatan Tentera Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan kedua-dua pihak dikatakan gagal memenuhi komitmen gencatan senjata, lapor Agensi Anadolu memetik Jawatankuasa Pusat Doktor-doktor Sudan (CCSD).

Iklan
Iklan

Pertempuran dilaporkan telah merebak ke Bahri dan Omdurman, bandar bersebelahan dengan Khartoum, ibu negara Sudan dan pertempuran turut berlaku di sekitar ibu pejabat tentera dan istana presiden.

Sementara itu, proses pemindahan diplomat asing bermula apabila kedua-dua pihak yang bertelagah menyatakan kesediaan untuk membuka lapangan terbang.

Iklan

SAF dalam satu kenyataan di Facebook berkata, ketua tentera Jeneral Abdel Fattah Burhan telah menerima permintaan dari beberapa negara untuk membenarkan pemindahan rakyat masing-masing.

"Kami sedang menunggu untuk memulakan proses seterusnya dalam masa terdekat kerana Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis dan China akan menyediakan pesawat tentera untuk proses pemindahan itu," menurut kenyataan berkenaan.

Iklan

Misi diplomatik Arab Saudi menjadi negara pertama yang memindahkan rakyatnya melalui Pelabuhan Sudan dan Jordan juga akan menggunakan laluan yang sama.

Turut dilaporkan Turkiye dan Kuwait juga akan melancarkan operasi untuk memindahkan rakyat mereka. - Bernama