SHAH ALAM - Perkongsian gambar seorang wanita yang kematian ibu bapa bersama ibu bapa individu lain yang tular di media sosial sejak Sabtu mengundang sebak dalam kalangan warganet.
Individu menggunakan nama @ka_mht memuat naik gambar berkenaan di Twitter sambil mengucapkan terima kasih kepada anak-anak kedua-dua orang tua berkenaan.
"Mak bapa siapa ni saya bergambar di Masjid Sendayan.
"Terima kasih kerana bagi peluang," katanya menerusi ciapannya.
Kebetulan ulang tahun kelahiran ibunya juga jatuh pada Ahad iaitu pada Hari Raya ke-2.
"Ya Allah, sampai viral. Maaf semua kalau ada menangis sama atau apa apa.
"Terima kasih juga mendoakan yang baik baik. Hari ni birthday arwah mak.
"Hadiahkan al-Fatihah untuk mak abah saya please. Terima kasih. Selamat Hari Raya ke 2,"katanya.
Gambar arwah kedua-dua ibu bapa wanita berkenaan turut tertera tarikh kematian iatu bapanya Mihat Maitit meninggal dunia pada 16 Julai 2021, manakala ibunya Noraini Mohd Fuzi meninggal dunia pada tanggal 20 Julai 2021 iaitu selang beberapa hari sahaja.
Bagaimanapun wanita itu tidak menyatakan sebab kematian.