Laluan alternatif ke Pantai Timur juga sesak

Iklan
Jalan Seremban-Simpang Pertang sesak sejak Sabtu selepas ia menjadi laluan alternatif dan pilihan pengguna jalan raya untuk ke Pantai Timur.

JELEBU - Jalan Seremban-Simpang Pertang sesak sejak Sabtu selepas menjadi laluan alternatif pengguna jalan raya untuk ke Pantai Timur.

Kesesakan luar biasa itu dipercayai berlaku ekoran masing-masing mahu mengelak menggunakan Lebuh Raya Karak dan Jalan Kuala Pilah.

Iklan
Iklan

Jalan tersebut merupakan satu-satunya laluan ke Pantai Timur melalui daerah Bentong.

Laluan berkenaan mulai sesak pada Rabu namun ia berkurangan pada Khamis dan Jumaat bagaimanapun kembali sesak pada hari raya pertama bermula jam 11 pagi hingga 9 malam seterusnya dipenuhi pelbagai jenis kenderaan sejak Ahad.

Iklan

Kelihatan anggota polis bertugas di simpang isyarat di pekan Kuala Klawang, Jelebu.

Berikutan itu, anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Jelebu dan dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mula bertugas di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 32.5 berhampiran Balai Trafik Kuala Klawang bermula jam 9.30 pagi Ahad.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut dan pihaknya akan melakukan pemantauan supaya keadaan trafik berjalan lancar.