Kumpulan Palestin kutuk tindakan Israel ceroboh Masjid Al-Aqsa

Iklan
Tentera Israel merosakkan infrastruktur di ruang itu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

GAZA CITY (Palestin) - Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad mengutuk tindakan Israel yang menceroboh ruang solat Bab al-Rahma atau Pintu Rahmat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, lapor Agensi Anadolu.

Menurut laporan media Palestin, tentera Israel merosakkan infrastruktur di ruang itu ketika umat Islam menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Jurucakap Hamas, Hazim Qasim berkata, tindakan itu adalah kesinambungan daripada"perang agama Israel terhadap tapak suci di Baitulmaqdis."

"Perjuangan untuk memelihara"identiti Arab-Islam” di Masjid Al-Aqsa akan diteruskan tanpa boleh digugat,” katanya dalam satu kenyataan bertulis.

Iklan

"Percubaan (Israel) untuk menguasai masjid tidak akan berjaya," tegasnya.

Iklan

Pada awal bulan ini, tentera Israel menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa dan mengusir secara paksa jemaah dan insiden ini telah meningkatkan ketegangan di seluruh wilayah Palestin.

Serbuan itu telah mencetuskan tembakan roket dari Semenanjung Gaza dan Lubnan manakala Israel melakukan serangan dengan melancarkan serangan udara. - Bernama-Anadolu