Ajaran sesat: 47 mayat ditemukan satu kubur

Iklan
Antara mayat yang ditemui di tanah milik paderi Paul Makenzi, yang ditahan pada 14 April lepas. - Foto AP

MALINDI - Polis Kenya menemui seramai 47 mayat individu dipercayai pengikut ajaran sesat, yang mengikut arahan seorang paderi untuk berpuasa sehingga mati.

Pihak berkuasa mula menggali mayat kesemua individu berkenaan di hutan Shakahola sejak Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Berdasarkan laporan awal, kesemua pengikut paderi berkenaan percaya bahawa mereka akan ke syurga sekiranya mereka mati kelaparan.

Setakat ini, proses menggali kesemua pengikut itu masih berjalan.

Iklan

Awal bulan ini, polis menyelamatkan 15 ahli kumpulan itu yang menurut mereka diarahkan untuk mati kelaparan.

Empat daripada mereka meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Iklan

Suspek, paderi sebuah gereja, Paul Mackenzie telah ditangkap berikutan maklumat yang mencadangkan kewujudan kubur milik sekurang-kurangnya 31 pengikut.

Menteri Dalam Negeri, Kithure Kindiki berkata, keseluruhan hutan seluas 800 ekar telah ditutup dan diisytiharkan sebagai tempat jenayah.

Katanya, pihak berkuasa akan mengenakan hukuman paling berat kerana melibatkan nyawa yang tidak bersalah.

Malah tambahnya, peraturan dan garis panduan yang lebih ketat setiap gereja, masjid, kuil sedang dikaji susulan daripada kejadian berkenaan. - Awani