Isnin hari terakhir Tol Rahmah percuma

Iklan
Tol Rahmah percuma diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu. - (Gambar hiasan) - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Hari ini merupakan hari terakhir Tol Rahmah sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 ditawarkan kepada semua pengguna bermula 12.01 pagi tadi sehingga 11.59 malam nanti.

Ia melibatkan 33 lebuh raya di seluruh negara.

Iklan
Iklan

Sementara itu, PLUS Trafik dalam satu ciapan meminta pengguna lebuh raya memastikan baki kad Touch n Go dan e-Wallet adalah mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

Tol Rahmah percuma diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

Ia melibatkan empat hari, pada 19 April hingga 21 April dan 24 April. - Awani