Rumah terbuka: 'Menyelam sambil minum air'

Iklan
Muhammad Sanusi sebelum ini mendakwa Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di enam negeri dianggap sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan. Gambar kecil: Mohd Puad

SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketakutan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri.

Beliau berkata, meskipun terdapat unsur politik dan kempen dalam penganjuran rumah terbuka berkenaan namun beliau menyifatkan ia seperti 'sambil menyelam minum air'.

Iklan
Iklan

Malah katanya, penganjuran tersebut dilihat lebih wajar kerana melibatkan akar umbi sekali gus memberi peluang kepada rakyat di negeri lain merasai suasana tersebut.

"Dia kata itu kempen. Tujuan rumah terbuka ialah meluaskan 'public relation' kita dengan semua pihak termasuk jiran, kenalan rapat dan saudara mara, semua orang boleh datang.

Iklan

"Sanusi pun boleh tumpang semangkuk, dia boleh berdiri sebelah Anwar dari pagi sampai petang dan bersalam dengan semua pengunjung. Lagi ramai datang lagi bagus," jelasnya menerusi laman Facebook pada Isnin.

Semalam, Sanusi menganggap Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani itu sebagai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan mendakwa tidak wajar diadakan memandangkan program terbabit melibatkan kos yang tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan supaya langkah penjimatan dibuat oleh semua pihak.

Iklan

Beliau berkata, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya seperti kelaziman sebelum ini.

Dalam pada itu, Puad turut menafikan majlis rumah terbuka berkenaan satu pembaziran.

"Kalau mahu berjimat cermat Sanusi tidak perlu buat rumah terbuka lain. Lagi pun mungkin orang yang sama akan hadir. Itu pembaziran.

"Sepatutnya Sanusi fokus tujuan rumah terbuka diadakan, bermaaf- maafan dan kemeriahannya. Kita mahu rakyat gembira, sebab itu dapat cuti tambahan dan tol percuma empat hari,” ujarnya.