Salah mahu jaring lebih banyak gol

Iklan
Mohamed Salah

LEGENDA Liverpool, Robbie Fowler memerlukan 11 musim dalam dua tempoh bersama Liverpool untuk berada dalam kedudukan keenam penjaring sepanjang masa The Reds.

Namun bintang Mesir, Mohamed Salah menyamai 183 golnya dalam masa kurang daripada enam musim apabila menjaringkan gol kemenangan menentang Nottingham Forest dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Penyerang berusia 30 tahun itu mengatasi Fowler untuk menjadi penjaring terbanyak Liverpool dalam liga dengan 134 gol bulan lalu, dan kini juga pemain paling banyak menjaringkan gol dengan kaki kiri dalam sejarah liga dengan 108 gol.

Sebagai rekod, Salah dan Fowler, berada tiga gol di belakang legenda The Reds, Steven Gerrard, penjaring kelima terbanyak dalam sejarah Liverpool, manakala Ian Rush mendahului senarai dengan 346 gol.

Iklan

"Penjaring terbanyak keenam untuk Liverpool? Ia bagus untuk mencapai angka ini dalam masa kurang daripada enam tahun. Fowler adalah legenda kelab, jadi saya bangga dapat setanding dengannya selepas enam musim.

Biarpun penjaring terbanyak liga tiga kali itu tidak mengalami musim terbaiknya, dia telah menjaringkan 16 gol dalam liga, di belakang Erling Haaland dari Manchester City (32), Harry Kane dari Tottenham (23) dan Ivan Toney dari Brentford (19).

Iklan

Dalam pada itu, Salah menyifatkan Liverpool yang berada di tempat ketujuh bergelut ketika melakar kemenangan 3-2 ke atas Forest, sedang berjuang untuk mengelak penyingkiran.

"Dalam 15 atau 20 minit pertama, kami berdepan kesukaran dalam permainan. Alhamdulillah, kami dapat menang dan mendapat keputusan positif... Fokus kami bukan pada siapa yang menjaringkan gol, yang penting adalah keputusan yang baik.

"Bagi pasukan yang berjuang untuk mengelak penyingkiran, ini adalah perlawanan hidup atau mati dan semua perlawanan adalah sukar,” tegasnya.

Dengan baki tujuh perlawanan, Liverpool berada enam mata di belakang empat teratas dan masih bercita-cita untuk layak ke kejuaraan Eropah musim depan