SETIU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk memadamkan kebakaran melibatkan lima hektar kawasan hutan di Merang, di sini.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, JBPM Terengganu, Mohd Mazimi Mohamad berkata, kebakaran yang berlaku pada Ahad berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 2.30 pagi pada Isnin.
Iklan
Iklan
Menurutnya, keadaan cuaca panas dan angin kuat menyebabkan api lebih cepat merebak.
"Kita menggunakan kaedah 'relay pumping' iaitu kaedah pemadaman yang menggunakan pam pengangkutan ke pam jentera dan menggunakan teknik ofensif untuk memadam dan mengawal api daripada merebak," katanya.
Dalam pada itu, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka atau sengaja membakar bagi tujuan pembersihan kawasan tapak pertanian.
"Tindakan itu boleh menyebabkan kebakaran hutan berskala besar dan meningkatkan indeks pencemaran udara (IPU) yang akan berisiko menyebabkan jerebu," katanya.
Artikel Berkaitan