Konsep Rahmah tidak harus jadi pertikaian - Salahuddin

Iklan
Salahuddin

PONTIAN - Idea konsep Rahmah tidak seharusnya menjadi pertikaian mana-mana parti politik, selagi ia dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, tindakan membangkitkan konsep ‘Rahmah’ sebagai cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai isu remeh.

Iklan
Iklan

Katanya, inisiatif di bawah payung Rahmah kini menjadi sebahagian daripada identiti Kerajaan Madani, terus dapat menyantuni dan mendasari hidup rakyat, yang kini mendepani kos sara hidup.

"Seperti Tun Dr Mahathir Mohamad di era beliau sudah ada ‘baby’ iaitu Wawasan 2020, jadi saya rasa itu tidak menjadi pertikaian. Jadi bagi saya, biarlah era Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan konsep Madani dan memperkenal inisiatif Rahmah yang mana ia dapat menyantuni serta mendasari setiap keperluan rakyat,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka di kampung halaman di Serkat, pada Isnin.

Sebelum itu beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Timbalan Ketua Penerangan Gerakan Tanah Air (GTA), Mahdzir Ibrahim bahawa konsep Rahmah merupakan hasil cetusan Tun Mahathir.

Iklan

Tambah Mahdzir, gagasan Rahmah itu pernah disebut Mahathir menerusi ucapan perasmian Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan di Kota Kinabalu pada 16 Februari, dua tahun lalu.